My Followers

Saturday, October 29, 2011

♥ mY Pre - Wedding ♥

Hyee sume :)
Actually baru je tgk pic ni .. suka sangat ... aku ambik dari page Abam Jai atau nama komersial beliau Bentayan Degil. Beliau ada fan page tau .. klik Husniyismail photography


Ok jom layan pic pre wedding aku ni ... hehehe ..:)











Ada banyak lagi pic pre wedding aku dkt page Abam Apiq atau Apiq Sulaiman ... kalau nak tgk pg kat page ni ok ---> Rohstudio Photography


# TQ abam Apiq & abam Jai ... ;p

SAERAH GADIS MANJA ...


Gadis diatas ni namanya Nur Aira Syafira , lahir pada 26 Disember 2010 . Dia ni anak saudara aku la senang cite ...  tapi aku panggil dia Sara je .. kadang-kadang Saerah .. ikut mood aku la ... ;p


Bila dia berdukacita atau merajuk atau boring je mesti aku akan nyanyikan lagu ni untuk beliau ... aku pun tak ingat bila aku cipta lagu ni sebab ianya berlaku secara spontan jer ... hihi ...

♪ ♫ ♩   PADA SUATU HARI...
SAERAH PERGI MANDI....
DIA RASA SUNYI....
            LALU DIA MENYANYI....  ♬ ♭ ♮ ♯

hoho camtu je lagunye ... tapi ianya berkesan buat beliau tersenyum kembali ... Magic kan ? hehehe ...


Friday, October 28, 2011

Rugi Tak Baca !!


Hemmm ...

     Lagi 4 hari kita semua akan menyambut bulan November .. 
Dengar-dengar bulan 11 ni ramai yang nk melangkah ke status baru dlm hidup mereka . 

Ada yang nak buat majlis merisik , bertunang dan ada juga nak menikah .. 
hmm ... rasanya yang bercerai pun ada kot ... 
upss !!!

     Bagus .. bagus .. bagus .. Alhamdulillah elok la tu , niat yang baik la nk mengakhirkan perhubungan percintaan tu ke arah yg lebih serius . Msti ramai yang dah cop tarikh cantek 11.11.2011 kan ? 

Aha, x payah bajek artis la uoll ... yg penting majlis korang tu sempurna tanpa ada cacat cela. Baru la best dan meninggalkan memori yg manis dlm hidup korang. Daripada tarikh je cun tp majlis tunggang langgang tak syok jugak ..

    Ada beberapa rakan FB yg dah invite aku utk majlis perkahwinan mereka .. ada juga beberapa org yg nak bertunang tp nak buat senyap-senyap ... taknak publish lg la kononnyer .. 

Well, taktik lama uol.... haku dah buat da taktik tu dulu ... muahaha ... ;p . Lagipun dengan kecanggihan teknologi skg tak yah la nak sorok2 .. FB skg pun dak kurang privacy , wall korang dapat diintai oleh bukan friend skalipun . 

Lagipun kalo korang cerdik, sila delete komen2 kt wall yg boleh meng'kantoi'kan korg tuhh.. Nak buat senyap2 tapi klo mber2 korang da bising ucap tahniah bagai aper kes ... wek ;p .

    Ahh .. tak kisah la tu kan .. sendiri makan pengat sendiri mau ingat .. Oklah, entri kali ini khas aku tujukan pada bakal pengantin atau Bride To Be . Hmmm ... nak kawen da ye ... bagus2 ... Tapi ada BANYAK perkara yang korang kena fikir sebelum bersedia menjadi seorang isteri .

     Aku rasa klo korang nak kawen , baik korang tanya betul2 dalam hati … betul ke aku nak kawen ? dah bersedia ke aku nak jadi isteri orang ? Klo aku pregnant aku leh jadi mak org ke … ?

     OK semua soalan ni wajib dijawab dgn jujur sbb nak kawen tu korang bukannye jiran sebelah atau nenek sedara korang . Plz jangan kawen sbb ORANG LAIN yg suruh melainkan ko redha dgn perkahwinan tu .. Paham maksud aku kan

    Klo redha harus la uol da pg kursus kawen bagai tapi rasanya kt Kursus Pra Perkahwinan tu x cite detail apa yang korang perlu tempuh di alam perkahwinan . Masa dalam perkahwinan segala-gala yang korang lalui adalah bergantung pg korang sendiri . ( Sape da kawen msti setuju apa aku cakap nih …).

   Maksudnya klo korang jadikan perkahwinan itu bahagia .. maka bahagia la hubungan itu . Tapi klo korang pilih sebaliknya .. yang menanggungnya adalah korang sendiri . Sesungguhnya perkahwinan itu menyatukan 2 jasad , 2 jiwa dalam 1 nafas yang sama …

Sebenarnya banyak lg aku nak cakap tp lain kali la ye …. Hehehe :)


Wednesday, October 26, 2011

Anda bersedia untuk kematian ?



Petang deepavali ni tiba2 plk teringat tentang kematian, bukan x pernah ingat ... selalu je ingat tp buat2 taknak ingat .. sebabnye ... Takutt ... TAPI KENAPA TAKUT EK ? takut kerana bekalan belum cukup, banyak lg amalan x buat . Tapi jika kematian itu dah menghampiri kita, sempat lg ke nak kejar buat amalan ?

Ada orang mati mengejut , ada jugak yang dah tau bila dia akan menemui PenciptaNya ..

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.”
(QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati.

Bagi umat Islam , terdapat beberapa tanda kematian seperti berikut :

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

~ Beringat - ingatlah berpesan - pesan untuk kebaikan ~



TAK PAYAH NAK TOGETHER FOREVER SANGATLAH ! 

Tuesday, October 25, 2011

Mendiamkan diri ketika azan



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam menghormati azan banyak fadhilatnya. Jika lagu diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut."Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin.. amin..amin Yarobbal a'lamin.

DEEPAVALI



Esok 26Oktober 2011 adalah hari DEEPAVALI... Menjelang perayaan Deepavali, penganut agama Hindu di negara ini mula menghiasi kawasan rumah mereka dengan "kolam" dan cahaya pelita bagi memeriahkan suasana perayaan. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan.

Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.


Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.



~ itu serba sedikit info yg sempat aku google .. tp apa kena mengena deepavali dlm hidup aku ? well . saje jer ... kita kan 1 Malaysia uol.... khenn ....

Andai Ku Tahu





Andai ku tahu…
Engkau bukan jodohku ...
Ku akan memohon agar kita tak bertemu dulu…


Andai ku tahu… 
Engkau bukan jodohku ...
Ku akan memohon agar kita tak pernah bertemu… 
Aku takut akan jatuh cinta padamu… 
Aku takut tak dapat membahagiakanmu…


Andai ku tahu… 
Kita tak ditakdirkan bersama...
Izinkan aku menjauhkan diri darimu… 
Aku takut akan jatuh cinta padamu… 
Aku takut tak dapat membahagiakanmu…


Ampuni aku jika buat engkau kecewa… 
Ampuni aku kerana tak mampu buat kau bahagia… 
Aku wanita yang biasa saja… 
Namun aku juga ingin tuk dicinta…


Andai ku tahu…. 
Engkau bukan jodohku ...
Izinkan aku menjauhkan diri darimu… 
Aku takut akan jatuh cinta padamu… 
Aku takut tak dapat membahagiakanmu…
Ampuni aku jika buat engkau kecewa… 
Ampuni aku kerana tak mampu buat kau bahagia… 


~~ diubahsuai dari lagu ANDAI KU TAHU - UNGU ~~


EDA AMISHA
25OKT2011
5:19 PAGI

Monday, October 24, 2011

Bila perempuan menangis ...



Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

# aku copy paste jeni .. huhu #

Tanggungjawab Suami



Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan ialah:

1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.

2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.

3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)

4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.

5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi, seperti pendidikan, pakaian, tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.

7. Memenuhi keperluan nafkah batin. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

9. Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri

Pihak Penaja :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...