My Followers

Monday, November 14, 2011

AINA GADIS LINCAH ...

Salam ...

Bertemu lagi kita. Hmm ... agak lama biarkan blog ni berhabuk , bukan x sempat nak jenguk cuma baru-baru ni line internet agak slow , malas nk buka blog. He He He...

Harap semua yang membaca entri kali ni sihat dan ceria. Masih mengunyah daging korban lg ke ? Huhu ... makan ,makan jugak tapi kesihatan kena jaga k ...

Baiklah, kali ni nak cerita perihal kakak sulung kepada Piah Gadis Menggoda dan Saerah Gadis Manja. 
Nama penuh gadis dibawah ni ialah Nur Aina Syafina. Lahir pada 14 November 2006. Maksudnya saat entri ini ditulis, Aina sedang menyambut hari lahirnya yang ke 5 tahun .... 

SELAMAT HARI JADI AINA !!!! 

Semoga Aina membesar dengan sihat, menjadi pelajar pintar dan sentiasa membanggakan kedua ibu bapa mu :)


Aina ni perwatakannya ceria, hyper-aktif dan peramah ... mudah mesra terhadap org yang baru dikenali. Aina juga cepat belajar dan bijak. Buktinya , Aina mendapat keputusan yang membanggakan di tadika dan sudah mula menghafal beberapa surah Al-Quran. 

Namun, ada ketikanya Aina agak manja dan mahukan perhatian ... almaklumla anak sulung kadang2 lg manja dari anak bungsu ;p


Aina sangat sukakan kecantikan ... beliau  gemar memakai gaun kerana feeling princess ... sangat suka ikat rambut tocang dan pakai riben. Suka kartun Barbie , dan sangat sukakan kostum arnab. Insya Allah Aina ..., kalau makchu banyak duit nanti makchu belikan untuk Aina okay ;) 


Sekarang Aina mula berjinak-jinak memakai tudung dan sudah mula pandai memilih kerongsang jurai2 ... dasyat kau Aina ... Dua tiga menjak ni pulak dah pandai minat pakai shawl ... hamboii .... x padan kecik ... Xpelah Aina asalkan kau bahagia... huhuhu...


Setakat ini sajalah coretan berkaitan Aina buat masa ini ... ada masa aku akan sambung lg menulis perihal 3 dara pingitan ini ... Ok tata =)

5 comments:

shahrazali said...

comel...selamat hari jadi aina...

Eda Amisha said...

"time kasih"...kata Aina .. hehe

Yana Shaiful said...

epy befday Aina..semoga membesar dgn penuh kejelitaan..hahaaa..bleh plak camtu ek..moga Aina jadi anak yg solehah and contohi lah mokchu yer..:=)

nurul said...

suka pakai dress??www.dresslover84.blogspot.com

Eda Amisha said...

Yana : tengkiu ..hihihi ...

Nurul : wow ... nti jenguk k .. :)

Post a Comment

Sila lah komen ... hihihi ... =D

Pihak Penaja :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...