My Followers

Friday, November 18, 2011

' Cinta Itu Istimewa ...'



Assalamualaikum ... apa khabar ? 
selamat pagi sume ... sihat ke hari ni ? Ada yang demam ? Ada yg sakit gigi ? Ada yang sakit perut ? Ada yang tengah merajuk ? 
Rileks ...rileks ..tenang-tenang je k ... Apa kata uol berehat sambil menghiburkan hati sendiri . Yela nak suruh orang lain hiburkan kita, entah bila dapat ye dak ? Baik kita pandai-pandai hiburkan hati sndiri ... caranya blogwalking ke ... atau pg surf portal hiburan ke ... ekekkeke ... Itu juz cadangan jer .. terpulang la pada diri anda masing-masing ye .



Oh ye berbalik pada tajuk entri kali ini iaitu ' Cinta Itu Istimewa ...' , aku terpanggil untuk menulis sesuatu berkaitan cinta sebab baru-baru ni masa aku terpandang satu gambar kawen seseorang. Lama aku renung gambar tu , hati ini pun berbisik .." ensem gak suami dia ni ..hmm ", nape aku berkata begitu ? 
Hepp!!! Bukan aku menggatal atau jeles tak bertempat hokey ...aku secara jujur cuma nak cakap pasangan tu macam tak sepadan dari segi fizikal . Orang cakap kalo pengantin ni selalunya ' bagai pinang di belah dua ' .. tapi yang ni aku tgk macam tak serasi je ... 



Gile jahat kan aku ni .. Mana taknye , girl tu mmg tak berapa lawa bagi aku. Aku tau la sebab kenal girl tu ... nak kata body mantap mmg tak r ... takde shape lgsung dengan saiz XXL . Nak kata kulit licin lagi la tak ... dengan gelap , masam ( kuat berpeluh ) dan berdaki di tengkuk jelas ( freehair ). Nak kata rambut cantik beralun pun tidak ... haish... aku ni mula la mengkaji 1 persatu keistimewaan girl tu ... sbb bagi aku husben dia perfect !!!! dengan hensem , tinggi , tough , maskulin , berkarisma , berdedikasi , gaya mutu keunggulan dan sebagainya ...



Lama aku mengomel sendirian dalam hati ... lama-lama baru aku akur ... bahawa Cinta Itu Buta . Cinta Itu Berkaitan Hati & Perasaan . bukannya diukur dari paras rupa pasangan masing-masing ... terus aku menampar pipiku laju-laju sebab berfikiran kolot . Asyik nak tengok pengantin yang sepadan jek , yang comel-comel jek ...



 Bila di fikir secara logik di alam yang nyata , kita kadang-kadang hanya melihat luaran sahaja. Kadang-kadang nampak je hensem tapi nafas berbau , ketiak tengik dan bila bercakap berbuih tepi bibir ..(euwwww ...). Sape tau kan ?
Yang girl plak nampak ayu, comel , jelita tapi hakikat sebenar ???? Erkkk .... malas je nak cakap kang menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri... Hahahhahhahah .... ;p



Pasangan yang serasi ialah yang saling menghormati antara satu sama lain. Saling melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing dan boleh menerima seadanya pasangan masing-masing ...( brpa byk masing-masing daa ? ..) Cinta fizikal tak tahan lama , hari ni beliau cantik , esok kena minyak panas masa goreng telur da berparut muka ... da tak cantik ... Hari ini beliau hensem , esok jalan-jalan jatuh dah patah gigi .. rongak sudah ... jatuh saham tau ...






jom kita tengok pasangan sweet seluruh dunia ni ... 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Wook Kundur, bersama suaminya, Mohd. Nor Musa



model Heidi Samuel bersama suaminya Seal




Shaquille O’Neal (2.16 m) dan girlfriendnya (1.6 m)



x tau nama ... google jek



google juga






Cinta yang paling agung ialah cinta atas tiket mencari keredhaan Allah ...


Renung-renungkan ....

Bye ~






p/s : Segala coretan di atas adalah pandangan peribadi penulis . 
Mohon maaf andai ada yang terasa :)

2 comments:

Yana Shaiful said...

Cinta ku indah kerana diri mu suami ku ^__^

Eda Amisha said...

En Shaiful sungguh istimewa kan ? kan ? ekekekkee ...

Post a Comment

Sila lah komen ... hihihi ... =D

Pihak Penaja :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...