My Followers

Thursday, November 3, 2011

Hanya Tuhan Yang Tahu ...

Salam Semua ...

Harap pada yg sedang membaca entri kali ni berada dalam keadaan sihat , bahagia dan ceria ... tak mo sentap-sentap eaa .... huhu.

Oklah tajuk kali ni macam gempak je kan ? Baget cam luahan perasaan jer, mmg pun ... mmg nak meluahkan sesuatu yang terbuku di hati ni...

Baget terlebey .... ;p
Baiklah , korang seme penah dengar tak apa itu EKZEMA ? 
Apa ? 
Tak pernah ? 

Xpe2 nanti aku terangkan dengan detail ... 

Ekzema ni ialah gangguan kulit yang sering berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa. Dermatitis Atopik atau ekzema adalah satu keradangan kulit yang kering dan berasa gatal. Keadaan kulit ini muncul pada siapa pun dari bayi hinggalah kepada orang tua.. 

Ia juga merupakan penyakit keturunan dan boleh diwarisi dari satu generasi ke satu generasi Sesiapa yang kena eczema nih kebiasaannya pada awalnya kulitnya akan mempunyai bintik-bintik kemerahan, mengalami kegatalan, dan juga rasa tak selesa.

                                                Google

Biarlah aku berterus terang bahawa aku salah seorang pengidap ekzema . Sungguh . 
Dah 9 tahun aku menderita akibat penyakit ini .. hukhuk sedih tau ... 
sebab seksanya hanya Tuhan yang tahu ...

Aku mula dijangkiti ekzema masa tahun 2003 iaitu tahun pertama aku di Universiti , masa tu benda pertama yang terjadi kat aku ialah gatal-gatal di tapak tangan . Serius gatal ... macam ada biji-biji kecil berair tau kat tapak tangan dan celah jari aku ... sangat tidak selesa masa tu ... tapi ingat biasa jela kan .... 

Aku pun sedapla menggaru , tenyeh -tenyeh kat tuala sebab gatal sangat bukan cam kena geget nyamuk , tp gatal pedih . Taruk minyak gamat tak jalan pun.. huhu lagi pun masa tu baru lagi kat U , mana nk biasakan diri dengan persekitaran , kuliah dan sbgnya. Memang tension. Camni la contoh gatal kat tangan aku masa tuh ..

Google

Bila da tergaru sana sini haruslah gatal tu merebak kan .... tempat-tempat yang strategik ialah di ketiak , leher, perut, celah kaki dan jari jemari ..So, tugas aku malam-malam ialah mengaru garu dan terus garu ...... 

Sampai satu tahap aku da tak tahan sangat aku cite kat sorang kawan ni , dia suh aku gi Unit Kesihatan Pelajar , macam klinik la senang cite, siap teman aku lagi sebab aku kan cam bengong-bengong lagi masa tu tak pandai nk pg situ. Bila jumpa doktor dia kata mungkin aku tak sesuai dengan air paip kat kawasan hostel tu dan kena jangkitan dari tilam ... agaknye sebab tilam kat hostel tu kotor , lembab dan ada hama kot . 

Almaklumla da berapa generasi yang tidur kat tilam tu . Dahla kdg2 roomate masa tu jenis angkut kawan-kawan dia lepak bilik, dah sah2 landing kt tilam aku kan ? Memang ada salah sorang tu berpenyakit kulit (bukan ekzema tapi kutil2 mcam kulit katak) warrrghhhh ..... tensen nye sbb dia slalu lepak kt tilam aku. 

Google

Doktor pun bagi ubat sapu. Aku pun balik dan sapu ... Ok la berkesan untuk beberapa ketika ... tapi tak lama lepas tu bila dah selalu masuk dewan kuliah yang aircorn nye sejuk tahap separuh beku, tangan aku ni mula la buat hal balik .. hukhuk gatal sangat dan bila dah garu rasa kebas, panas , keras. Memang kerap nangis la sebenarnya waktu tu sebab bukan kat tangan je , kat pelipat lengan ni da berwarna merah, kekeringan sebab aku selalu garu. Kruk kruk bila aku mengaru da macam kurap plak ... haishhhh ....

Bila naik semester dua , penyakit ni makin teruk . Kerap la ulang alik klinik amik ubat makan & ubat sapu . Macam-macam versi dari doktor aku dengar , ada yang cakap sebab silap makan , tak leh makan seafood , ada yang tak bagi aku pakai perfume , deodorant . Ada yang suh aku mandi dengan sabun dettol dan air panas . Ada yang tak bagi aku dekat dengan kucing padahal aku cayang kucing masa tu .Ada yang suh aku jemur tilam tiap- tiap hari sebab kulit aku super duper sensitif . Ada yang suh aku jangan pegang sabun pencuci sampai tahap aku beli sarung tangan tau nak cuci baju masa sem 2 tu ... Kuakua .... ;p 

Google 
(taknak jd camni)

Pernah aku jumpa doktor pakar kat Kolompo tu sebab nak tau apa punca sakit aku ni , alahai jumpa tak sampai berapa minit , kena caj rm 200 ... huh .. mentang2 doktor pakar kulit, tapinye bg ubat sama je yang aku beli kat farmasi tu .. hahaha ... 

Macam biasa la doktor akan cakap kulit aku ni sensitif dan elakkan berpeluh. Kadang-kadang aku kecik ati jugak dengan orang sekeliling aku yang tak paham aku ni pengidap ekzema. Aku kena elakkan dari berpeluh dan debu kalau tak aku yang sakit. Tapi sapela yang sudi nak paham kan ....T_T

Google 
(ngeri..ngerii)

Eczema nih sebenarnya berlaku tanpa mengira peringkat umur. Sehingga sekarang punca sebenar eczema ini masih tidak diketahui tapi ia berkemungkinan berkait rapat dengan sistem keimunan yang abnormal dalam diri seseorang individu. 

Sesetengahnya berlaku disebabkan oleh reaksi terhadap penggunaan sabun, makanan, detergen, penggunaan barang kemas etc. Selain itu, ia jugak berlaku disebabkan oleh faktor persekitaran, perubahan suhu, dan jugak faktor tekanan. Huhu... banyak jugak kan faktor eczema nih. Selain itu, dalam kes-kes yang luar biasa eczema juga boleh menyebabkan penghidapnya menghidap asma jugak terutamanya bila ia sudah semakin teruk.

Ini ada aku google sedikit info berkaitan ekzema :

FAKTOR DAN CARA MENGELAKKAN EKZEMA MENJADI LEBIH TERUK 

Perubahan suhu bilik secara tiba-tiba, senaman yang teruk dan cuaca yang panas dan lembap. 
Sentuhan dengan rumput atau pasir. 
Pakaian sintetik (sebagai contoh nilon) atau sakhlat. 
Kanak-kanak seharusnya memakai pakaian kain kapas atau pakaian dengan peratusan kandungan kapas yang tinggi. 
Perasaan susah hati yang beremosi. 
Penggunaan sabun berubat, mandi buih, air panas (yang cenderung membuang minyak semula jadi daripada kulit) secara sering. Gunakan sabun yang sederhana atau pengganti sabun seperti salap yang mengemulsi. Suhu air mandi seharusnya sejuk. Gunakan bahan cuci yang sederhana untuk membasuh dan membilas pakaian sebersih-bersihnya semasa cucian. 
Asap rokok.Di dalam bilik yang tertutup, asap dan wasap akan merengsakan kulit. Adalah baik untuk melarang merokok di dalam rumah. 

Bulu anjing dan kucing. Semua binatang peliharaan yang berbulu akan menjadikan ekzema lebih teruk. Elakkan daripada memelihara kucing dan anjing di dalam rumah. Begitu juga dengan alat-alat permainan yang berbulu dan permaidani. 

Makanan yang merengsakan dan air liur. Jus asidik dalam buah-buahan sitrus. Sebagai contoh buah oren dan sayur-sayuran seperti tomato boleh menyebabkan ekzema di sekeliling mulut. Ini selalu menjadi lebih teruk dengan jilatan bibir dan lelehan air liur. Adalah berkesan sekiranya anda menyapu satu halangan pelindung vaselin di sekeliling mulut, 2 hingga 3 kali sehari dan sebelum makan. 


ADAKAH PENYAKIT INI DAPAT DISEMBUHKAN 

Kecenderungan kulit sensitif akan kekal dengan anak anda hingga ke umur remaja. Namun ekzema anak anda akan bertambah baik secara beransur-ansur apabila umur mereka meningkat dan hanya beberapa orang sahaja yang akan terus mengalami ekzema yang menjejaskan semasa hidup dewasa. Perkara penting yang perlu diingati adalah kulit sensitif ini harus difahami dan dijaga dan jika ini dilakukan, selalunya kejadian dermatitis akan merupakan sesuatu yang jarang berlaku. 

RAWATAN UNTUK EKZEMA ATOPIK 


Tiada terdapat ubat yang akan mengubati eczema sehingga pulih. Adalah mungkin untuk mengawal ekzema secara berkesan dengan menggunakan satu rancangan rawatan yang mudah. 

Emolien-emolien. Ini adalah produk-produk yang melembapkan dan melembutkan kulit. Ianya membantu mengurangkan rasa gatal dan menggaru-garu, adalah selamat dan harus dengan sering, sekurang-kurangnya dua kali sehari, walaupun tidak ada ekzema yang aktif. 

Krim-krim steroid topikal. Penggunaan satu steroid topikal yang sesuai adalah selamat dan sebahagian rawatan yang penting. Ianya harus disapu dua kali sehari khususnya pada bahagian-bahagian yang terlibat sahaja. Doktor anda akan menasihati anda mengenai krim yang sesuai digunakan. 

Ubat-ubatan anti-gatal (antihistamin). Diberikan sejam sebelum masuk tidur. Ini akan membantu kanak-kanak tersebut menjadi lebih tenteram dan mendapat tidur semalaman yang lebih selesa. 

Antibiotik Kulit yang mengalami ekzema nampaknya akan menarik bakteria yang tertentu kepada kulit. Orang-orang ini mungkin hipersensitif kepada beberapa jenis bakteria dan ini mungkin menjadikan keadaan tersebut lebih teruk. Antibiotik mengurangkan bakteria ini dan mungkin menyembuhkan ekzema. Doktor anda akan menasihati anda sama ada antibiotik diperlukan. 

Sebagai tambahan kepada yang di atas, kuku perlu sentiasa pendek dan adalah penting.


Sekarang alhamdulillah beransur baik ekzema aku ni , mungkin aku guna sabun yang sesuai dan jaga emosi aku .. hehehe ... Aku harap aku akan bebas dari penyakit ni satu hari nanti walau ada sorang doktor tu cakap kat aku ...
" sepuluh tahun akan datang pun U akan ada sakit ni , ubat hanya merawat bukan menghilangkan. Sebab ekzema ni berkaitan darah ...". 
Baikla doktor , Terima Kasih :)

3 comments:

With Julia said...

YA allah kak eda...
napa akak x citer kt saya yg akak kene ekzema lama dah...kesian akak...keadaan akak mcm mana sekarang? moga akak cepat sembuh..huh serius saya amat cuak sekarang... :( kesian akak eda

Hans said...

saya skrg gatal2 sebab alahan
wah,ekzema memang lagi sakit kalau tgok dkt gambar
tambah dialami sendiri
semoga cepat sembuh

Selamat Hari Raya Aidiladha Daripada Hans :-)

Eda Amisha said...

Julia : my dear jue, skg akk da okay ... dunt wory ye .. hihi

Hans : Thanks :)

Post a Comment

Sila lah komen ... hihihi ... =D

Pihak Penaja :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...