My Followers

Wednesday, August 15, 2012

Kekuatan ku ...


Salam Ramadhan …

Alhamdulillah hari ini adalah hari terakhir aku akan menjalani program PBS. Terima kasih yang teramat kepada semua yang sudi membantu secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang proses PBS ini berlangsung. Aku sangat bersyukur kerana memilih sekolah yang tepat untuk menjalani PBS. Pihak pentadbir, guru-guru dan warga sekolah mmg tip top. Terbaekk … 
semua maklumat yang aku mahu sentiasa ada. 
Memang pengalaman terindah selama 2 minggu di sini.



Tahun pertama 2009 datang sebagai Guru Ganti … 
Tahun 2012 datang kembali sebagai Guru Pelatih . 
ALLAHUAKBAR … 
betapa besar rahmat-Mu ya Allah … 
Aku bersyukur atas segala kurniaan yang Kau berikan kepadaku .

Dalam keghairahan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma lagi 3 hari … kadang kala terbit rasa gelisah . Memikirkan assignment yang banyak … amali muzik yang belum mahir … terasa tak mampu nak teruskan perjuangan ini. Kadang kala rasa give-up. Rasa nak tidur dan pengsan dan bila bangun semua yang menyerabutkan otak ini dah tamat. Tapi malangnya semua itu hanyalah mimpi di siang hari. Aku harus berani menghadapi reality. IYE … reality hidup yang aku sendiri menginginkannya.

Alhamdulillah … setiap kali rasa patah semangat, aku mendapat kekuatan setiap kali memikirkan baby yang sedang bergerak dalam kandungan ku ini … Anak kesayanganku … hasil cinta bersama suami tersayang… Aku harus kuat untuk anak ini. Dialah kekuatan ku sekarang …. 
Setiap kali teringatkan hujung tahun ini aku bakal menatap wajah anak ku sendiri … jiwa ini terus bersemangat menempuh segala dugaan. Segala kata-kata menyakitkan hati aku telan dengan senyuman … aku harus bertahan untuk anak ini . 
Tiada perkara lain yang lebih penting sekarang melainkan kesihatanku dan keselamatan baby dalam kandungan ini. Aku mahu dia sihat . Aku mahu dia normal.

Tak sabar menghitung waktu …


5:05 am
15/8/2012

Tuesday, July 31, 2012

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)



PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1. KONSEP

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia.Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. 
Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen,refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. 
Melalui PBS pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.
Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus sekolah mentadbir sekolah.

2. OBJEKTIF

Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dapat;
(i) memahami budaya sekolah;
(ii) menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah;
(iii) mendapat pendedahan awal pembelajaran murid;
(iv) memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran;
(v) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;
(vi) membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah,
iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah;
(vii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal
(viii) membina sikap positif terhadap profesion keguruan;
(ix) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru;
(x) mendokumentasikan Pengalaman berasasakan sekolah.




Friday, July 6, 2012

:) kitar semula yaw ~


Tugasan : 
Menghasilkan bahan yang dikitar semula daripada bahan terbuang 



Wu wu wu ..

Salam kawan2 .. 

dah lama x bersua di alam blog .. ececehh ... tengah bz study ni almaklumla da masuk semester ke dua. 
Aku ada masalah ni ... tengah pecah kepala fikir hal tugasan. 
Memangla tajuknye senang dan sape2 pun leh fikirkan idea yang logik tapi boleh tak bagi idea yang lagi gempak ? baru la markah pun tip top kan .. ahahaha ...
TOLONG YE KAWAN2 ... YUEEHUUU .... 



Tuesday, May 1, 2012

Anak Mama

SALAM HARI PEKERJA ...

Hu Hu ... hari ni 1 mei kan ? Happy labour day :)

Tibe2 teringat nak sharing pic baby yang di scan beberapa hari lepas ... hehe ...






Dugaan mengandung terlalu berat buat aku . Hanya aku yang tahu. Hanya aku yang rasa. Pengalaman orang lain tak kan sama dengan aku kerana hanya aku yang mengalaminya ... walau cerita seakan2 sama tapi percayalah ... apa yang kita rasai tak sama dengan orang lain. Setiap orang ada bahagian masing2 dan begitu juga aku. 
Kesakitan dan kepayahan yang aku lalui hanya aku yang merasainya ... 
Alhamdulillah ... 
setakat ni xdela sampai x boleh bangun. Masih larat ke kuliah, pergi memeriahkan majlis sukan olahraga dipadang yang terik, menyiapkan saki baki assignment yang masih belum beres. 
Ohh tak sabarnye nak bercuti ... berehat2 dirumah sendiri .. menikmati masakan emak dan bermanja dengan encik suami . 

Namun aku masih di sini.

Masih di sini ..

Friday, April 20, 2012

AKU WANITA PILIHAN ...


Alhamdulillah ... 
15 April 2012 adalah detik yang tak dapat dilupakan apabila disahkan hamil 5 minggu. Bermacam perasaan timbul serentak sehingga menitiskan air mata... 
Sungguh. 
Dalam waktu dan keadaan sekarang - bergelut dengan study dan stress yang melampau... terasa tak mampu menanggung semua ini. Tapi ini adalah rezeki dari Allah SWT. Semoga aku tetap kuat dan tabah mengharungi semua ini ... 1st time mengandung tapi berjauhan dengan suami, jadual study yang ketat dan aktiviti fizikal yang banyak cukup memeritkan. Tapi aku tahu aku mampu harungi semua ini. 

AKU WANITA PILIHAN. 
Ye ... 
AKU WANITA HEBAT


Friday, March 16, 2012

Kosong --- Najwa Latif

Salam Jumaat ...






jom layan lagu Najwa Latif jap ... best la pulak lagu ni bila da dengar banyak kali . Encik Suami yg start nyanyi2 dlm kete ... ingat lagu ape la ... huhu ... tetiba kosong la pulak ye ...

Ape-ape pun ... layanzz ....



Lirik


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

kosong .. kosong ..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong .. kosong ..

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Ooo..woo~

Kosong .. kosong..
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

kosong .. kosong ..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong .. kosong ..

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

kosong .. kosong ..

Ooo..woo~


Saturday, February 4, 2012

Belajar Untuk Mengajar

Assalamualaikum wbt ...

Ya Allah lamanya tinggalkan blog ... dalam sebulan blog ini terbiar sepi ... siannyer ...huhu .
Al-maklumla tersangat sibuk dgn urusan lain .... urusan yg penting untuk masa depan... 
hehehe.

 Subbahanallah ...
tirai 2012 dibuka dengan berita gembira. 
Dengan izin Allah, aku mendapat peluang menyambung pengajian dalam bidang perguruan . 

Alhamdulillah ... Syukur kepadaMu Ya Allah ... 

Terlalu banyak dugaan untuk berjaya
Terlalu banyak cemuhan untuk dihadapi

Walaupun perjalanan ini masih panjang, aku berikrar tak kan mempersiakan peluang yang diberi. Bukan senang untuk senang. Tapi aku berjanji akan berusaha sehabis baik untuk berjaya dan kekal cemerlang. Siapalah diantara kita tidak pernah diuji dgn kegagalan ... tentulah semua orang pernah merasainya. Namun percayalah, setiap kegagalan yg berlaku pasti ada hikmahnya ... 



Yang paling penting jangan mudah patah semangat dan cepat down. Elakkan berkawan dengan orang yg suka menjatuhkan semangat kita, buat kita semakin rasa rendah diri, buat kita rasa tak berguna dan tak berharga. Elakkan ... Elakkan ...

Bersahabatlah dengan insan yang benar2 jujur dan ikhlas ... yang sentiasa menitipkan rangsangan utk kita berjaya. Yang memberi kita motivasi dan aura positif. 
Insya Allah.
 Banyakkan berdoa dan sentiasa berusaha ...


Percayalah , kita akan sentiasa dicemuh bila di bawah, tapi dipuja bila di atas ... adakah selamanya kita hendak berada di bawah ?? membenarkan manusia-manusia kejam menghina dan mengutuk kita sesuka hati mereka ???

Tentunya kita semua hendakkan kehidupan yang lebih baik dimasa hadapan ... berjuanglah merebut impian itu. Hidup ini bukan mimpi . Hidup ini realiti yang perlu dihadapi . Hidup ini susah . Namun manusialah yang menjadikan ianya lebih payah ...



Insya Allah dengan izin Allah ... kejayaan akan menjadi milik kita bersama ... suatu hari nanti ....


Pihak Penaja :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...