My Followers

Tuesday, July 31, 2012

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)



PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1. KONSEP

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia.Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. 
Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen,refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. 
Melalui PBS pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.
Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus sekolah mentadbir sekolah.

2. OBJEKTIF

Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dapat;
(i) memahami budaya sekolah;
(ii) menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah;
(iii) mendapat pendedahan awal pembelajaran murid;
(iv) memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran;
(v) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;
(vi) membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah,
iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah;
(vii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal
(viii) membina sikap positif terhadap profesion keguruan;
(ix) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru;
(x) mendokumentasikan Pengalaman berasasakan sekolah.




Friday, July 6, 2012

:) kitar semula yaw ~


Tugasan : 
Menghasilkan bahan yang dikitar semula daripada bahan terbuang 



Wu wu wu ..

Salam kawan2 .. 

dah lama x bersua di alam blog .. ececehh ... tengah bz study ni almaklumla da masuk semester ke dua. 
Aku ada masalah ni ... tengah pecah kepala fikir hal tugasan. 
Memangla tajuknye senang dan sape2 pun leh fikirkan idea yang logik tapi boleh tak bagi idea yang lagi gempak ? baru la markah pun tip top kan .. ahahaha ...
TOLONG YE KAWAN2 ... YUEEHUUU .... 



Pihak Penaja :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...