My Followers

Wednesday, August 15, 2012

Kekuatan ku ...


Salam Ramadhan …

Alhamdulillah hari ini adalah hari terakhir aku akan menjalani program PBS. Terima kasih yang teramat kepada semua yang sudi membantu secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang proses PBS ini berlangsung. Aku sangat bersyukur kerana memilih sekolah yang tepat untuk menjalani PBS. Pihak pentadbir, guru-guru dan warga sekolah mmg tip top. Terbaekk … 
semua maklumat yang aku mahu sentiasa ada. 
Memang pengalaman terindah selama 2 minggu di sini.



Tahun pertama 2009 datang sebagai Guru Ganti … 
Tahun 2012 datang kembali sebagai Guru Pelatih . 
ALLAHUAKBAR … 
betapa besar rahmat-Mu ya Allah … 
Aku bersyukur atas segala kurniaan yang Kau berikan kepadaku .

Dalam keghairahan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma lagi 3 hari … kadang kala terbit rasa gelisah . Memikirkan assignment yang banyak … amali muzik yang belum mahir … terasa tak mampu nak teruskan perjuangan ini. Kadang kala rasa give-up. Rasa nak tidur dan pengsan dan bila bangun semua yang menyerabutkan otak ini dah tamat. Tapi malangnya semua itu hanyalah mimpi di siang hari. Aku harus berani menghadapi reality. IYE … reality hidup yang aku sendiri menginginkannya.

Alhamdulillah … setiap kali rasa patah semangat, aku mendapat kekuatan setiap kali memikirkan baby yang sedang bergerak dalam kandungan ku ini … Anak kesayanganku … hasil cinta bersama suami tersayang… Aku harus kuat untuk anak ini. Dialah kekuatan ku sekarang …. 
Setiap kali teringatkan hujung tahun ini aku bakal menatap wajah anak ku sendiri … jiwa ini terus bersemangat menempuh segala dugaan. Segala kata-kata menyakitkan hati aku telan dengan senyuman … aku harus bertahan untuk anak ini . 
Tiada perkara lain yang lebih penting sekarang melainkan kesihatanku dan keselamatan baby dalam kandungan ini. Aku mahu dia sihat . Aku mahu dia normal.

Tak sabar menghitung waktu …


5:05 am
15/8/2012

Pihak Penaja :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...