My Followers

Tuesday, July 9, 2013

Marhaban Ya Ramadhan 1434 Hijriyah.

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah... mlm td sekitar jam 8:15 malam telah kedengaran pengumuman tarikh permulaan puasa ramadhan 2013. Pengumuman tarikh permulaan puasa ramadhan 2013 telah dilakukan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad melalui siaran televisyen dan juga radio.





Umat Islam di Malaysia akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2013) pada 10 Julai (RABU).
Ini adalah berdasarkan rujukan pada tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2013 /1434-1435 H bagi Malaysia.
Dalam senarai tarikh penting Islam yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1 Ramadhan 1434 jatuh pada 10 Julai 2013.

Jika disingkap kenangan tahun lepas, aku berpuasa bersama2 bayi dalam kandungan... agak rumit kerana terpaksa pula menjalani PBS (Pengalaman Bersasaskan Sekolah)...Namun kugagahi jua...bersyukur kerana ketika itu aku memilih sekolah yang berhampiran dengan rumah. Makanya dapatla aku bermanja merasa masakan emak setiap hari. Waktu tu kandungan pon da berusia 5 bulan..so xde la mabuk2 lagi. Cuma agak penat dan mengah turun naik tangga utk ke Bilik Muzik.

Sepanjang mengandung syukurla aku tidak pernah dimasukkan ke wad kerana alahan. Aku rasa aku masih gagah berbanding adik beradik yg lain yg  "melepek" bila mengandung. Mungkin Tuhan membantu kerana aku kena belajar ,pergi kuliah tiap2 hari pagi sampai petang. Naik tangga tingkat 3.. penat sangat.. Usung keyboard ke Bilik Muzik. Fuhh... macam x percaya aku dah lalui semua tu dgn jayanya.. hihi...

Paling tidakpon aku jus mabuk2 & muntah2, pernahla sekali g klinik sbb demam. Ohye aku juga x suke mekap, x suka shower bath aku dan tukar semua termasuk shampoo. Yang paling x suka ialah susu. Bila ada iklan Anmum aku cepat2 alih...benci sgt tgk susu x tau kenapa. Hehe...

Waktu mengandung juga aku sering di tegur kerana perutku yg agak kecil. Ini sebenarnya mendatangkan kebimbangan dihati juga... Yela dhla first kandungan,  mana2 aku pergi sume tegur.. makcik cleaner kat maktab, pakcik teksi aku naik pg klinik wat check up pon tegur perut aku x macam preggy. Hingga la aku dah nk dkt due pon adik kedai jamu aku pg nk beli ubat tegur, dia ingatkan aku baru 7 bulan. hehehe...

Alhamdulillah ramadhan kali ini aku ditemani baby yang aku kandungkan ramadhan tahun lepas. Beliau dh keluar dari perut dan dah berusia 6 bulan... anak mama yg tersayang  akan menemani mama sepanjang puasa ini. 


Semoga aku diberi kekuatan yang luar biasa utk menjaga dan mengasuh puteriku ini sepanjang ramadhan.

In sha Allah



No comments:

Post a Comment

Sila lah komen ... hihihi ... =D

Pihak Penaja :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...