My Followers

Monday, July 8, 2013

Puree Labu Adelia

Assalamualaikum

Bersua lagi kita... well today aku nk sharing apa yg dimakan oleh my doter... memandangkan Adel da berusia 6 bulan mmg dah boleh intro solid food. 

Menjelang usia enam bulan, anda mungkin sudah dapat perhatikan tanda-tanda yang bayi sudah bersedia untuk meluaskan dietnya. Pada ketika ini, dia sudah dapat menegakkan kepalanya sendiri dan akan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain makanan cecair sekarang. Dia juga akan mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya. 

Namun, ini tidak bermakna yang bayi anda sudah pandai duduk dan makan dengan sudu dan garfu. Sebenarnya, makanan pejal pertama bayi bukanlah pepejal; malah, makanan awal sepatutnya bersifat separa cecair kerana makan ialah kemahiran yang dipelajari oleh bayi secara perlahan-lahan. 


sumber : 
http://www.babycenter.com.my

Makanan lain yang boleh anda mulakan pada usia enam bulan termasuklah:
  • buah-buahan, seperti pisang, pir dan epal yang dipurikan;
  • sayur-sayuran, seperti lobak merah, labu dan bunga kubis.
Anda juga boleh cuba sayur-sayuran berkanji seperti kentang dan keledek. Penting bagi anda memberikan bayi makanan berperisa masin disamping yang manis pada tahap ini supaya dia tidak hanya gemarkan makanan manis sahaja. 
Untuk Adel aku dah try perkenalkan puree pisang, lobak, epal, kurma,  mangga n today bagi beliau makan labu plak.. hehehe...





Tampaknya beliau x berapa gemar laa.... x seperti anak mommy2 yg lain berselera bila disuapkan labu, Adel mcm geli geleman plak nk menelannya... muka dia sama mcm diberi puree epal. Tak suka agaknya... hikhik






Apelaa... mama buat sehabis sedap penuh kasey sayam tau..tapi xpela namapon nk memperkenalkan makanan kan...diharap Adel tidak kembung mahupon sembelit.







# Kita Tunggu Dan Lihat.

No comments:

Post a Comment

Sila lah komen ... hihihi ... =D

Pihak Penaja :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...