My Followers

Sunday, September 22, 2013

Kronologi Kelahiran Adelia Part 1

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat-Nya kerana dengan izin aku masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia ni dan mencoretkan pengalaman melahirkan anak pertama..:) sebenarnya ada beberapa fakta aku da ingat2 lupa.. tp xpela mana yg aku msih ingat aku share la kt cini..

Pertama sekali aku sangat bersyukur kerana dipermudahkan proses kelahiran seperti yang diharapkan. Aku rasa macam mimpi pun ada dengan apa yang telah terjadi. Sebabnya semuanya berlaku begitu pantas tanpa diduga. Oh ye, anakku lahir lewat sehari dari tarikh due iaitu 14 Disember 2012

_____________________________________________________________________________________________


15 Disember 2012
Hari ini hari Sabtu … pagi2 lg dh pegi Klinik Desa sbb dh overdue kan…  lgpon aku dikatakan ada darah tinggi la pulak sbb berat naik mendadak. Tp kaki n tangan aku x sembab cam mommy2 preggy lain. Perut pon kecik jer...…Apepon aku kenala ambil darah n cek tekanan darah tiap2 hari. Di klinik nurse yg baik dan mesra Kak Aza namanya, dia byk bg nasihat dan tunjuk ajar memandangkan ini kandungan pertama ku… dia tnya ada tanda2 ke? Aku kata lom lg… dia pon kata kalau da lebih seminggu mmg kena serah diri kt hospital… dia bg tempoh seminggu utk aku tunggu dan lihat.

Sebenarnya…aku dh merajuk time ni sbb bby xnk kuar lg… aku klo leh nk cepat2 beranak sbb nak berpantang lama sikit dirumah… sbb awal Januari aku dh kena balik ke maktab dan menjalani praktikum. Aku xmau la jd cam mber aku lewat seminggu dr tarikh due.. ape2pon aku redha je..Aku siap mintak nurse2 doakan aku leh bersalin cepat2. hihihi..

Balik dr klinik suami ajak g ngeteh… ok la jomlaa….g mkn roti canai n milo suam… ohh sekeping saje ye..pastu balik dgn hati yg sebal. Time balik lalu lg dpn spital…pandang smbil usap perut. “Belum agaknyer”… bisik hati ini. Cewahh..

Sampai dirumah suasana agak sibuk kerana ada sedikit majlis keraian dihadapan rumah..aku x amik pot… terus menuju ke tempat pembaringan lantas menidurkan diri.. dlm hati merajuk x habis2 sbb bby takmo kuar lg.

Dalam petang kol 2 camtu aku terjaga ..tp stil baring2 dgn perut yg memboyot.. usap2 perut. Kruk krak…bunyinye…rupe2nye daku  sangat lapar sbb hanya mkn sekeping roti canai pg td.. ape lagi terus mengidam nk mkn nasi air. (bukan mengidam sgt,, teringin jer)  Ajak suami, dia pon cepat2 bersiap… 

Masa tu pukul 3.30 petang bila da bersiap kitorg pon menuju la ke gerai nasi air tu..ala bukan jauh pon 3 minit je dr rumah nek kereta.. ok  da sampai ke gerai.. suami parking jauh sket sbb ramai org. Aku pon ekjas2 tudung (walau boyot penampilan harus dijaga) kikiki…da siap parking aku pon buka pintu kereta dan mahu melangkah keluar.

Dengan tidak semena2 prrrrrr……ada air mengalir laju…oh my English!! Eh bukan… oh my God…aku pndang ke bawah..serius aku tak teran tp automatic air itu meluncur laju.. YESSS !!!! aku menjerit kecil…girang… “Abg, air ketuban ayg da kuar ….”  aku khabarkan berita gembira itu… suami agak kaget tampaknye seraya berkata… “sempat ke ambik brg ? ke nk gspital terus?”
Ehh…ape plk g spital..itula pentingnya ilmu pengetahuan.. hikhik. Klau da kuar air ketuban mmg kena pg hospital sbb itu salah satu tanda nk bersalin BUT not to fast…uol buleh balik umah dulu mandi2, salin baju n bersiap.

OK la x jadi mkn nasi air… camne nk mkn kan suar da basah..hikhik..serius kuar air ketuban x sakit pon. Cuma aku rasa agak cuak, excited n gementar gitueww…
X de selera da nk mkn ns air walau suami nk bungkus ke hape. Kami pon patah balik umah..dlm perjalanan aku nyanyi2 “ yey yey da nak beranak”…gembira sungguh!!

Bila nk naik rumah skali lg air kuar..laju n tidak berhenti..aku siap gelak2 lg, suami yg gelabah..asyik tnya "ok ke? Takpe ke?"

Memandangkan dpn rumh tgh bz org buat majlis aku pon agak malu2 kucing nk naik dgn suar yg basah..tp terus je  jalan dgn selamba tp penuh hati2. Sampai umh terus salin apa yg patot, siapkan sume kelengkapan utk dibawa ke hospital. Namun diri ini masih lapar…mujur ada lg sikit nasi lemak yg mak aku buat utk breakfast pg td..aku pon sebat je dan sempat goreng telur sebiji.. hihihi…laparrr…

Dah siap makan n mandi, daku pon bersedia fizikal dan  mental utk ke hospital.. salam cium emak, kakak siap2 dan babai2 pada ank2 saudaraku…aku ckp “ok baby nk  kuar dah, nanti makchu balik”.

Setibanya dihospital daku mula rasa seram sejuk ........................


(bersambung)









Thursday, September 5, 2013

Episod 3 : Kisah sedih adelia beraya di hospital


Assalamualaikum

Bagi melengkapkan story Adelia beraya di hospital ni marilah kita menghabiskan entry ini hari ini juga. Sambungan dari episod yang lepas, memandangkan aku agak kalut setelah mendapati anak kesayangan demam panas mendadak ditambah suara yg bertukar menjadi garau semacam...pg hospital sampai lupa bawa wallet dimana ic Adelia diletakkan disitu .=..= huh mmg cuai mama ni..

Adelia terpaksa didaftarkan atas nama JaneDoe  dan selesai mendaftar MA pon check pernafasan Adelia dan tnya mama beberapa soalan. Diorang syak Adelia asma dan kami dihantar ke bilik utk Adelia sedut gas. Maka bermulalah acara Adelia meraung tanpa henti sebab paksa dia buat benda yg dia tak suka. Adelia ni bukan suka org letak pape kt muka dia. Nak pakaikan headband pon sikit punye susah...Bila dia da start nangis makin panas badan dia, makin longlai hati mama tgk anak lemah semacam camtu.. Suami pon siap sound MA yg bertugas suh cepat2 panggil doc sbb bby da macam ape dgn muka da merah dan nafas yg tersekat2 plus batuk yg kuat sgt.

MA tu pon suh Adelia baring n masukkan ubat kt punggung Adelia, sejurus lepastu doc pon sampai dan tnya mama beberapa soalan. Dia cepat2 suh kami masuk ruang wad kecemasan tu dan mama dan ayah pon follow la doc tu dgn hati yg cuak dan sedey...

Adelia telah di check oleh beberapa orang doctor yg mahu kepastian sakit sebenar yang dialami oleh baby 7 bulan dimalam raya yg suram itu...hakhak suram ler bagi aku coz duk spital mlm raya. Selepas beberapa jam di check dan perbincangan doktor2 Adelia disahkan mengalami jangkitan virus dalam saluran pernafasan atau dalam bahasa perubatan dipanggil Croup. Pada awalnya Adelia disangka tercekik kekacang oleh doktor namun selepas di X-Ray Alhamdulillah semua ok.

Menjelang pukul 1 pagi doktor pon memberi saranan kepada mama supaya stay sahaja di hospital kerana dikhuatiri baby akan mengalami kesukaran bernafas dirumah. Dihospital peralatan dan ubatan lengkap jika terjadi sebarang kemungkinan... setelah berfikir panjang selama 10 minit, mama pon bersetuju bermalam dihospital dengan hati yang sangggatttttt sayu dan kosong. Bila pandang muka Adelia waktu tu yg lemah kerana mengantuk dan sakit, mmg rasa down sangat2. Setelah selesai urusan dibawah mama pon diiringi nurse naik ke wad kanak2 di tingkat atas. Pada pagi raya itu, jam 2 pagi tibalah kami 3 beranak di wad Melor 2.



hehehehe sambung lagi nanti ye.... last episod. Promise!


Pihak Penaja :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...