My Followers

Thursday, September 5, 2013

Episod 3 : Kisah sedih adelia beraya di hospital


Assalamualaikum

Bagi melengkapkan story Adelia beraya di hospital ni marilah kita menghabiskan entry ini hari ini juga. Sambungan dari episod yang lepas, memandangkan aku agak kalut setelah mendapati anak kesayangan demam panas mendadak ditambah suara yg bertukar menjadi garau semacam...pg hospital sampai lupa bawa wallet dimana ic Adelia diletakkan disitu .=..= huh mmg cuai mama ni..

Adelia terpaksa didaftarkan atas nama JaneDoe  dan selesai mendaftar MA pon check pernafasan Adelia dan tnya mama beberapa soalan. Diorang syak Adelia asma dan kami dihantar ke bilik utk Adelia sedut gas. Maka bermulalah acara Adelia meraung tanpa henti sebab paksa dia buat benda yg dia tak suka. Adelia ni bukan suka org letak pape kt muka dia. Nak pakaikan headband pon sikit punye susah...Bila dia da start nangis makin panas badan dia, makin longlai hati mama tgk anak lemah semacam camtu.. Suami pon siap sound MA yg bertugas suh cepat2 panggil doc sbb bby da macam ape dgn muka da merah dan nafas yg tersekat2 plus batuk yg kuat sgt.

MA tu pon suh Adelia baring n masukkan ubat kt punggung Adelia, sejurus lepastu doc pon sampai dan tnya mama beberapa soalan. Dia cepat2 suh kami masuk ruang wad kecemasan tu dan mama dan ayah pon follow la doc tu dgn hati yg cuak dan sedey...

Adelia telah di check oleh beberapa orang doctor yg mahu kepastian sakit sebenar yang dialami oleh baby 7 bulan dimalam raya yg suram itu...hakhak suram ler bagi aku coz duk spital mlm raya. Selepas beberapa jam di check dan perbincangan doktor2 Adelia disahkan mengalami jangkitan virus dalam saluran pernafasan atau dalam bahasa perubatan dipanggil Croup. Pada awalnya Adelia disangka tercekik kekacang oleh doktor namun selepas di X-Ray Alhamdulillah semua ok.

Menjelang pukul 1 pagi doktor pon memberi saranan kepada mama supaya stay sahaja di hospital kerana dikhuatiri baby akan mengalami kesukaran bernafas dirumah. Dihospital peralatan dan ubatan lengkap jika terjadi sebarang kemungkinan... setelah berfikir panjang selama 10 minit, mama pon bersetuju bermalam dihospital dengan hati yang sangggatttttt sayu dan kosong. Bila pandang muka Adelia waktu tu yg lemah kerana mengantuk dan sakit, mmg rasa down sangat2. Setelah selesai urusan dibawah mama pon diiringi nurse naik ke wad kanak2 di tingkat atas. Pada pagi raya itu, jam 2 pagi tibalah kami 3 beranak di wad Melor 2.



hehehehe sambung lagi nanti ye.... last episod. Promise!


2 comments:

Amanda Suria said...

nama dia sama ngan nama salah seorang si kembar anak buah SA..Adeliya...

Umi Qi said...

Ya Allah...sebak rasanya bila tgk anak sakit nih...adelia cepat sembuh ye sayang...mama risau

Post a Comment

Sila lah komen ... hihihi ... =D

Pihak Penaja :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...