My Followers

Sunday, May 18, 2014

5 TIPS MENERAN SEMASA BERSALIN

 5 TIPS MENERAN SEMASA BERSALIN 
Meneran? Pasti yang terbayang di benak ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasi cara meneran yang baik dan betul.
1 : PERNAFASAN
Latihan pernafasan memang lah sangat-sangat penting. Nampak remeh. Tapi latihan yang berulang kali dapat membantu kita mengawal pernafasan ketika saat2 nak meneran. Jangan ingat masuk pertandingan menyanyi je yang perlu buat latihan pernafasan.. Kita yang mak buyong (read: tengah sarat mengandung) pon kene rajin2 praktis pernafasan.
Bagaimana eh nak buat?
Mudah shj latihannya. Tarik nafas sepanjang mungkin.dan cuba tahan nafas. (Tapi buatlah sekadar yang mampu. janganlah paksa diri. Kang ade yang kene naik ambulans gi hospital.)
Rationalnya latihan pernafasan ni:
Ketika meneran nanti..Kita perlu tarik nafas sepanjang yang mungkin, kemudian kita meneran/push sehabis teran yang kita boleh, TANPA MENCURI NAFAS ketika meneran..Ingat tu..Memang TAK BOLEH MENGELAT!! Curi nafas ketika meneran, akan membuatkan kepala baby tu termasuk semula ke dalam.. Percayalah!!! Sebab, saya dah pernah degil cuba mengelat, masa meneran anak kedua dulu, doktor tegur dan larang sebab baby termasuk semula. Selain dari TAK BOLEH curi tarik nafas, Ketika meneran pon tak boleh hembus nafas..kalau anda degil jugak, ini akan menyebabkan anda kehilangan tenaga ketika meneran dan akhirnya menjadi letih.
Sapa2 yang ada athma atau semput, atau jenis nafas pendek, baik inform doktor atau jururawat awal2, supaya mereka boleh come up dengan plan B untuk bantu anda meneran nanti..(manalah tahu kan, ade orang yang rahsiakan penyakit semput yang dialami dari direkod dalam buku kesihatan pink tur..err ade ker...ngeeeee)
So, terang dan nyata; memang kita kena tarik nafas sepanjang mungkin, kemudian teran pun selama dan sepanjang yang kita mampu teran (tanpa mencuri tarik nafas atau menghembusnya ketika proses meneran itu berlaku)..
Habis teran. baru hembus nafas. dan tarik semula nafas sepanjang yang mungkin, kemudia teran lagi..
(ulang steps tersebut sehinggalah baby anda keluar dengan jayanya. Chaiyokk!!!)...
Perlu diingatkan. Meneranlah ketika waktu yang sewajarnya / sepatutnya. Kontraksi yang kerap (contoh: selang 5/3 minit) masih BELUM lagi perlu meneran. Itu hanya kontraksi normal bagi ibu2 yang dah nak dekat bersalin. Teran hanya bila saat2 kita rasa macam nak berak sangat2. Rasa nak berak itu, adalah petanda yang baby memang dah turun dan semakin hampir nak keluar. But make sure, bila rase kerap nak kencing atau nak buang air besar tu, sebaiknya cuba pergi toilets dahulu, kalau2 anda sebenarnya mmg nak terberak, bukan terberanak..hehehehehhe....
Bila pergi toilets, tak leh keluar tah*...aaahaaaa, mmg sahihlah tu...bukan nak terberak, tapi nak bersalin!!!
tapi, bila dalam labour room, ikutlah arahan doktor/jururawat/bidan yang bertugas..selagi, dierang tak bagi signal suh teran, jangan teran dulu ek..tahan dulu kesakitan tu..sbb dierang perlu buat persediaan dan pemeriksaan awal untuk kita dan baby dlm perut (CTG). Bila dierang kasi GREEN light suh, teran..apa lagi geng; aja aja fighting!!!! Tarik nafas panjang2 dan teranlah sepangjang yg boleh. ingat jangan ngelat!!!!
p/s: actually, ketika meneran ni, tak perlu menjerit pun..itu lebih baik. menjerit ketika meneran mebuatkan tenaga anda dibazirkan dan menjadikan diri anda lebih tension...Anda akan lebih FOKUS bila anda meneran tanpa menjerit.
2 : POSISI @ KEDUDUKAN POSTUR BADAN
Ini pon penting ketika mahu meneran. Sama penting macam pernafasan. Motif? Kerana ketika melakukan pernafasan yang betul untuk meneran, posisi tubuh badan ketika itu juga mesti betul KETIKA kita meneran.
Bagaimana?
(gambar dari Google. supaya nampak Gambaran. Kalau perasan pada lutut kiri wanita tu, ade besi penyokong yang dapat mebantu menyokong kaki kita)
-baring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas , dan dilipatkan sedikit kedua-dua kaki menjadi seperti betuk huruf A besar ye...(Sile dapatkan green light/arahan doktor dan jururawat dahulu bila nak buat aksi begini, karang tak memasal, kene bebel dgn dierang sbb anda terlalu memandai-mandai advance, hehehehe)
-biasanya, jururawat akan meninggikan bahagian atas (kepala dan bahu kita) supaya dapat memudahkan kita meneran.
-dalam keadaan itu, sebaik/sebolehnya tangan kite memegang pada tumit. Orang kurus, biasa boleh buat nih. Bagi yang agak berisi macam saya yang tak boleh nak capai tumit kaki ketika posisi baring begitu, biasanya jururawat akan letak kaki kita kedua-duanya diatas besi khas di kiri kanan katil untuk menyokong kedua-dua belah kaki kita. So, macam tergantung la. (boleh refer gambar diatas)
 2 PERKARA UTAMA yang kita kena make sure posisi kita betul KETIKA MENERAN:
*Kepala diangkat sehingga DAGU MENCECAH RAPAT dengan dada (betul-betul rapat).
*Punggung dalam keadaan tetap pada tempatnya dan TIDAK terangkat (ketidak mungkin berlaku koyakan yg tenat nanti . koyak rabak. Haihhh,agak2lah statement kan..sounds scary je.).
So, mase kite ready tarik nafas pangjang dan meneran tu, ketika meneran itulah kita make sure kepala dan dagu kita rapat pada betul dada dan punggung tidak diangkat. Bila, kepala diangkat dan dagu rapat betul pada dada, momentem kite meneran tu lebih tinggi. Tenaga yang disalurkan disitu lebih. Jadi daya teranan tu lebih kemas dan mantap!!
Viewers mungkin boleh tengok video youtube ni disini: video bersalin normal supaya dapat gambaran awal. Video ni okeh la siket nak dibandingkan video2 mat salleh aka foreigners (read: orang putih) yang deliver baby normal. InsyaAllah, anda tak akan merasa ngeri menontonnya. dan mungkin terdetik jugak dihati: takde lah payah mana pun... (^ ,^)V
3 : TENAGA
Bila dah ade show atau petanda nak bersalin, kalau boleh mandi. biar badan segar. Ambil makanan dan minuman yang mengenyagkan dan benar-benar dapat memberi tenaga. Contohnya, air milo, telor separuh masak, atau telur ayam kampung mentah, susu, roti, nasi dan yang seumpama dengannya.
Mungkin, bila berlaku kontraksi terutama kontraksi kerap, membuatkan anda hilang selera atau tak lalu nak makan..Tapi nasihat saya, berusahalah biar anda mengisi perut anda dan pastikan anda kenyang.
Pengalaman anak pertama, saya tak lalu makan dan hanya minum secawan milo sebelum masuk dewan bersalin pada jam 9 pagi. Dan masih belum bersalin sehingga petang jam 6.30!! dan saya memang benar2 ketiadaan tenaga untuk meneran. (-.-)"
Berbanding dengan anak kedua; saya sudah bersiap sedia minum milo, makan telur ayam kampung mentah, makan telur separuh masak. Minum banyak air zam zam..dan alhamdulillah, bertenaga sepanjang dikerah doktor untuk meneran.
So, make sure anda makan makanan dan minuman yang berkhasiat sebelum melangkah ke medan perang dewan bersalin ok.
4 : PERLINDUNGAN DIRI
Amalkan ayat Qursi, selawat atas nabi, doa Nabi Yunos dalam perut ikan paus , Surah 3 Qul dan Surah al-Insyirah.
Mohon dengan Allah, muga kita dan bayi sentiasa berada dalam perlindungan dan pemeliharaanNya..dan Berdoalah tanpa jemu agar Allah dapat meringankan kesakitan dan memudahkan proses kelahiran itu nanti..InsyaAllah.
Ini adalah amalan yang saya buat sebagai seorang Muslim. Bagi rakan2 ibu yang non believers mungkin anda juga boleh berdoa dengan menurut cara dan kepercayaan masing2.
Bila fizikal kita sakit, tetapi sepanjang kesakitan itu kita tahan dengan menyebut Allah berulangkali.. Kesannya, walaupun fizikal kita sedang sakit tetapi hakikatnya jiwa tenang menghadapi / melalui kesakitan itu..InsyaAllah. Kita akan jadi bersemangat dan lebih bersabar juga.
5 : MOHON KEMAAFAN DAN KEAMPUNAN.
Bunyinya macam simple. Macam mintak maaf hari raya..Tapi sebenarnya, jika kita benar2 memohon maaf dengan ikhlas dan jujur , dengan manusia terutamanya yang terdekat dengan kita seperti suami, ibu ayah dan keluarga.. InsyaAllah , itu juga salah satu remedi yang membantu dan memudahkan proses bersalin kita nanti..
Sebab, mungkin ada salah dan silap kita yang mungkin kita terlepas pandang, dari memohon maaf sebelum ini..sehingga barangkali buat mereka terluka..Jadi, bila kita mohon maaf, dan dengan lapang dada mereka memaafkan..Itulah ibarat doa mereka buat kita.
Ok. Itulah antara tips dan skill yang perlu kita praktis, fahamkan dan apply ketika berada dalam labour room nanti ketika tiba detik untuk meneran dan bersalin.
"Habis tu, macamana dengan sakit kontraksi dan bersalin????"
Believe me, sakit hanya dirasa ketika kontraksi dan proses meneran itu sahaja. By the time baby anda keluar (keluar tu, meluncur laju macam ice skating!!! hehehehe), then terus hilang sakit yang dirasa especially bila kita lihat baby / anak yang kita berjaya lahirkan tu. MasyaALLAH!!!! SubhanALLAH!!! Memang Magis!!
TAK terterkata dengan perkataan. Betapa Agungnya kuasa Allah yang memberi peluang kita merasai kesakitan itu, berhempas pulas dan bertarung nyawa melahirkan baby...tetapi bila anak itu lahir dan kita melihatnya, bukan perit atau menyesal tetapi kita tiba-tiba merasa syahdu dan gembira sehingga lupa kesakitan ketika proses melahirkan sebentar tadi!!! dan pasti juga kita berasa insaf betapa besarnya pengorbanan ibu kita ketika mereka melahirkan kita dahulu. Yang paling penting saat-saat getir & rumit itu menjadi kenangan paling manis dan pengalaman paling hebat dalam hidup kita!! ALLAHUAKBAR!!
Ok.
Kembali kepada menjawab soalan di atas.
Seandainya, andai benar-benar sangat tidak dapat menahan kesakitan, mungkin anda boleh request dengan doktor GAS ETONOX untuk mengurangkan kesakitan yang anda rasai. Kita yang tak belajar medic, mungkin tak tahu kewujudan gas etonox nih, tapi para doktor/jururawat yang nak bersalin, biasa request sebab dierang tahu manfaat gas ini yang dapat meringankan sedikit sakit kontraksi tu.
Saya request. Personally, mmg hebat penangan gas ini. Pengalaman sendiri, mmg dapat melegakan rasa sakit kontraksi dan jugak ketika selepas bersalin (ketika nak jahit tempat sulit itu).
Negatifnya; bila kite sedut gas ni bersungguh-sungguh sangat...Ada macam sedikit ketagih nak sedut lagi dan lagi.. Lepas tu macam tetiba shj kita dalam mimpi. Apa yang kita termimpi itu adalah apa perkara yang terakhir yang berada dalam fikiran kita. Mungkin lebih kurang macam orang hidu gam barangkali. Sebab saya memang bersungguh-sungguh menyedut gas etonox itu..huhuhuhu.
Setelah selesai bersalin dan dijahit. Saya dihantar diwad. Dan mungkin kesan daripada over gas etonox tersebut, saya pening. dan bercakap tanpa saya sedar apa yang saya sedang cakapkan!! Dan apa yang saya cakapkan, itu rupa2nya apa yang saya dok standby dalam kepala nak tanya & request jururawat, kalau-kalau ada bilik kosong di wad kelas 1...ngengengeee(alhamdulillah, tak cakap bukan2..ketidak tak memasal masuk wad psikitaris..nauzubillah!!!)
Bila dalam wad tu..siap terdetik; boleh tahan jugak gas etonox nih..Haihhh...Agaknya, macam tulah keadaan orang2 yang ketagihan hidu gam. Nauzubillahinmin zalik. Mintak dijauhkan....
Actually, pengalaman menggunakan gas etonox ketika kontraksi dan bersalin ini, hanyalah pengalaman senndiri dan peribadi semata-mata. Kesannya mungkin berlainan bagi setiap individu. Jadi, untuk maklumat yang lebih Ilmiah, ada baiknya korang google dahulu 
Oklah geng,
that's all yang dapat dikongsikan. Sedikit pengalaman yang diharapkan dapat mendatangkan manfaat dan juga memberi impak maksima buat kaum hawa yang bakal bergelar ibu. Actually, tips ni jugak untuk panduan diri, hehehehe standby untuk anak ke3 dan onwards jika ade rezki nanti, insyaAllah...
Akhirnya; Selamat berjuang untuk Ibu-Ibu semua!!! Chaiyoookkkkk!!!! ALLAHUAKBAR!!!
Doa saya buat anda semua, semuga dapat melalui saat2 getir melahirkan ini dengan begitu tenang, amin ya rabbal'alamin....Take Good care Always!!!
Silakan SHARE untuk pengetahuan bersama 

No comments:

Post a Comment

Sila lah komen ... hihihi ... =D

Pihak Penaja :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...